Wednesday, 10 July 2013

8/7/13
Lagi dua hari nak puasa.
Pagi ni ayah suruh gi kebun nanas dengan dia kat bachok. So, pergi la..ambil buah yang masak. Pakai sarung tangan, berkasut bot paras lutut, parang di tangan kanan. Masuk hutan. Kebun tu milik orang lain. Kira gi beli borong kat kebun tu terus tapi kena ambil sendiri buah tu. Semak samun tebal, lebih tinggi dari kepala. Aku masuk hutan tu dengan adik pompuan yang muda setahun dari aku. Ayah pulak dengan abang. Lepas cantas buah dari pokok, angkut pulak ke kereta..jauh kot..dah tu bukan sikit beli. 350kilo semua..cuaca panas membahang. Lengan pulak tercalar balar kena duri nanas. Walaupun pakai baju panjang, duri tu boleh tembus jugak. Xpe, dah biasa =).

Siap proses jual beli tu 11:30 tengah hari. Bertolak balik ke rumah. Sampai je kat umah, duduk kejap. Rehat. peluh xkering lagi, penat xhilang lagi tapi ayah dah marah. Dia suruh pergi bersiap untuk hantar nanas yang beli tu ke kuala krai. 2jam perjalanan. Aku dengan abang yang kena gi. So, bersiaplah kami..12:15 tengah hari dah bertolak. Tak sempat makan pon..perut lapar derr.. kalau makan dulu, makan masa pulak. Jenuh kena tadah telinga kena marah, tengking huhu.. so, relaku berlapar.

maka bertolaklah kami. Abang drive. Aku kat sebelah tegak, mengucap xberhenti. Kenapa? Abang aku tu dah 3tahun lebih xbawak kete. Sebab dia belajar kat mesir, mana ada kete nak drive. sekarang dia tengah cuti sem jugak macam aku. Dah tu, jalan nak gi kuala krai dia lupa. Orang yang 3tahun xpegang stereng ni paham2 jelah. Macam2 kesalahan lalu lintas dia buat. Lepas tu buat muka xbersalah. 3,4 kali hampir terbabas..hadoi..aku kat sebelah bising dah. “kalo ko nak mati, ko mati sorang2. Aku rela turun kete, jalan kaki”. Dan..akulah yang jadi pemandu arah. Belok kiri, belok kanan. Haishh. Itupun abang aku keliru lagi kanan ni mana?kiri ni sebelah mana? Maunye hampir xcdent kami 2,3 kali. Aku ni jenis yang mudah ingat jalan. Kelebihan =P.

Kenapa aku tak drive? Dia tak kasi. Layan jela..

Pukul 2 petang selamat sampai. Abang ngah dan sepupu menanti di sana untuk jual nanas ni sama-sama. Berkumpul kat masjid kuala krai. Solat zohor dan kami berpecah ke 2 kumpulan. Aku ikut a.ngah. abang long dengan sepupu.

Maka, berjual belilah kami…pukul 6 kami berkumpul semula. Kumpul duit hasil dan aku dengan abang long balik ke umah. A.ngah dan sepupu stay kat kuala krai seperti biasa.
Ayah dah pesan sebelum pergi supaya kami berdua balik terus ke rumah. Jangan singgah di mana2 sebab cermin depan kereta silau waktu malam. Tapi abang aku ni bukan reti dengar cakap orang. Dia gi umah kawan dia kat kota bharu. Jauh kot..memang malam la. Bawak kete, jalan hanya Nampak 2meter kat depan. Itupun samar2..Bayangkanlah..ngeri kot..pukul 10malam sampai umah. Aku tak cakap sepatah dah dengan abang. Biar dia cakap sorang2. Bengang~…

Penat betul hari ni….

“wah, banyaklah gaji kau dapat!”
gaji apenye??habuk pon tarak..makan pon pakai duit sdiri. Dapat penat, calar balar dan kena marah. Itulah gaji aku tiap2 hari..tapi abang dapat 50~.

xpe, aku dah biasa macam tu. Aku bukan jenis suka dengki2..aku boleh hidup sendiri =)
7/7/13
Assalamualaikum..
terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat update blog. Internet tiada kat rumah. CC pun tiada di kawasan kediaman saya yang agak hulu. Nak guna broadband belum mampu lagi. Pinjam yang orang punya je boleh. Itupun sekejap sahaja sebab takut habis limit penggunaan. Fb boleh buka dengan fon canggih yang stahun kumpul duit br boleh dapat. Seperti yang sedia maklum, saya menyara diri sendiri untuk hidup dibantu dengan ptptn yang ciput. Bayar yuran pun xlepas. Sebab yuran UM mahal+kolej kediaman. Cakap pasal yuran, sampai sekarang tak habis bayar lagi ekeke..

kekadang teringin jugak menikmati apa yang mahasiswa lain nikmati sepanjang belajar. Tapi tempat saya BUKAN di zon selesa. Selalu berlari berkejaran sebab tak cukup masa. Belajar 4hari seminggu, kerja 3hari. Shoping? Sori bro..tak ada masa untuk bersosial =). Tak penat ke? Kalau cakap tak penat lansung tu tipu. Saya manusia biasa, rasa penat tu ada sebab kadang-kadang balik kerja sampai kolej pukul 10malam. Baju bermandi peluh sebab jalan laju+separuh berlari-lari anak dari stesen bas pasum ke kolej 12. Kadang-kadang jalan kaki dari stesen lrt university ke kolej. Kenapa tak naik taxi?
sori bro..takut. jalan lagi selamat sebab banyak kenderaan lalu lalang. Lagipun taxi tu untuk orang kaya je =). Takpe, saya ini jalan hidup saya. Jangan kacau saya dah la…

cuti 2bulan buat apa?

xada aktiviti menarik. Hidup diteruskan seperti biasa. Bekerja tengah panas tanpa gaji. Jari melecet tertusuk duri dah jadi mainan. Berat badan dah mula susut, baru sebulan dapat berat ideal..dah kurus balik. Kulit hitam dah macam apa ntah. Ada aku kesah?..Erk?? Sekarang dah maju la bro..xwujud dah benda2 tu..heh, yang majunye awak. Bukan saya. Saya masih dalam hutan berbukit ni. Berperang dengan nyamuk, blari bkejaran dengan pacat sebab geliii..

caci maki, tengking  dah jadi makanan rohani. Kenyang.

lamenye cuti ni nak habis. Tak sanggup hidup. Opps, sabar..amalan tak banyak lagi..entah2 dosa je yang lebih selama ni.

itulah, berangan nak kerja makan gaji 2bulan ni. Tapi, company mana mau ambil sebab cuti singkat? Mohon jadi tukang sapu pun xlulus. Adeih.. saya tak memilih kerja, tak kisah kalau takde orang yang pandang. Yang penting kerja tu ikhlas dan rezeki yang dapat tu halal..
kalau dapat kerja, boleh lah simpan duit untuk buat makan sem depan sementara ptptn tak masuk lagi. Gaji kerja part time masa belajar lambat masuk. Xpe, nanti adalah rezeki tu =). Yang penting, hidup ni kena berusaha. Jangan sesekali meminta-minta.

itu saja entry kali ni. Lepas ni mungkin tak ada peluang lagi untuk update blog ni..
babai blog, babai semua. Maafkan saya. Dunia kita berbeza.