Thursday, 29 August 2013

30/8/2013

selamat petang semua..akhirnya lengkap jugak aku punye jurnal..alhamdulillah..
hari ni aku banyak keje, xboleh nak story panjang-panjang. petang nanti ada rumah terbuka merangkap reunion dengan kwn2 sekolah rendah. 9 tahun xjumpa diorang..entah macam mana la rupa sorang-sorang. entah kenal entah tidak..hehe..

Hari ni aku nak berkongsi tentang MARAH..

Nabi Muhammadﷺ  tidak pernah menunjukkan kemarahan Baginda terhadap golongan kafir Quraisy yang sentiasa bertindak di luar batasan terhadap kaum Muslimin. Bahkan, Baginda sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh hikmah. Bagaimanakah cara Rasulullahﷺ mengawal kemarahan?

Rasulullahﷺ  menunjukkan beberapa panduan kepada kita bagaimana menguruskan sifat marah. Rasulullahﷺ  sentiasa menasihati para sahabat agar berwaspada dengan sifat marah.
.
.
Jangan Marah
.
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ  menasihatinya. Rasulullahﷺ  bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ  beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda ﷺ  menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”.
.
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ:“Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
.
.
Mohon Perlindungan Kepada Allah
.
Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullah dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.” Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

jadi kawal marah kita kawan-kawan. benda ni aku baca kat blog orang..menarik..so aku share la..
Flash back 24/7/2013

 Minggu ni aktiviti biasa je..kembali bekerja. yang lainnya, aku dah mula berjinak2 buka bisness sendiri. Aku dapat ilham lepas keje kat kedai pakaian. Harap semuanya berjalan lancar.

Tiga hari lepas, telefon Sony Xperia SL aku jatuh sakit. Aku pon pergi la kat center sony dia, bawak surat waranty sebab masih ada waranty 8bulan lagi. Sampai sane, pekerja sony tu buka fon aku kat bateri pasti dia cakap  fon aku set AP. BUKAN ORI!!... Ya Allah, aku xtau mcm mana nk gambarkan perasaanku pada masa tu.. geram, marah, sedih, nak nangis pon ada.. aku ditipu penjual telefon. Harga telefon tu mahal..1k lebih. Ni telefon paling mahal yang aku miliki. 2tahun aku kumpul duit untuk beli fon canggih . Aku mmg bercadang untuk guna telefon tu lebih 5tahun ke hadapan.. so, nak tak nak aku g la kedai tmpt beli fon tu..aku jmpa tauke dia. aku cakap la rosak, lepas tu masa beli dulu jurujual tipu. aku ingat lagi, sebelum bayar, aku tanya 3x "ini set ORI ke?". tketar2 tangan aku nak srahkan duit 1k lebih tu kat dia..aku renung duit tu lama2..dalam hati berbolak balik. 'betul ke apa yang aku buat ni? susahnye nak dapatkan duit..'

Lepas tu kedai tu repair fon tu. sekarang dah ok. tapi parut sakit hati kena tipu tu ada lagi..

Macam mana blh kena tipu?
aku tak dapat bezakan set ori dengan AP.

sekarang aku dah tahu. tapi malas nak cite..nnti hati aku pulak yang sakit..

Flash back 17/8/2013

Apa yang berlaku sepanjang minggu ni???

Ada rumah terbuka, ada reunion Sek Men, ada kenduri kendara...
Tak tahu nak cite yang mana satu. campuq jela, jadi cerita 'nasi kerabu'.

Raya ke 4 ada kenduri sepupu kawin. Xpayah masak kat umah. G makan je umah sepupu tu satu kuarga..
Raya ke5-7 ada kenduri umah sedara. Banyak sangat. penat kira. Sekarang 'musim' orang kawin. hehee.. aku bila lagi? entahla..macam susah je..kawin kat thai lah senang. calon da ada. sijil kursus kawin pon ada..
tunggu masa je haha..

raya ke 4 jugak ada reunion kat sekolah. Cikgu2 yang anjurkan..seronok dapat jmpa kawan lama. 5tahun xjumpa diorang. ada yang masih belajar, ada yang da kawin dan ada yang tengah sarat mengandung. jeles wehh.. dan, paling mengejutkan aku, ada member sekelas kami kawin dengan kawan kami(sekelas jugak). Jadi suami isteri yang sekelas. Tapi isteri tu tua setahun dari suami sebab dulu semua sekolah agama kat kelantan ada kelas peralihan setahun sebelum tingkatan satu. maknanya lepas upsr, xboleh masuk tingkatan satu terus..umo 14 baru le tingkatan satu. Alhamdulillah, batch aku peraturan tu dah dilupuskan =). jadi, aku masuk sekolah tu tingkatan satu tanpa melalui peralihan..aku sama umo dengan si suami member tu tapi kami sekelas je dengan si isterinya..


ni separuh daripada kawan2 sekelasku dulu (form4). pasangan suami isteri 2 dari kanan =).
Flash back 10/8/2013

Selamat hari raya aidilfitri semua =).

Hari ni hari raya ke 3. Tahun ni agak luar biasa dari tahun2 lepas. Kenapa? sebab raya kat kg mak, Kuala Krai. Biasanya raya kat umah Bachok je. Di pendekkan cerita, kat sana kteorang ada rumah sebuah. rumah kami terletak berhadapan dengan rumah nenek. Rumah kami tu kecik je. Diperbuat daripada papan, atap zink. ada satu bilik. Biasanya abg ngah dok umah tu sorang2 sebab dia kena jaga kebun ayah.

Cakap pasal raya, tiada menu special yang dimasak pada hari raya pertama di rumah kami selain nasi putih
+ gulai itik serati. Kuih muih pon takde jugak sebab kteorang makan kat umah nenek. Pas makan, tapau kuih2 balik umah..Umah nenek banyak makanan hehe =). Ada lemang, ketupat, nasi impit, pelbagai jenis biskut, dan yang paling best, ada rendang daging kijang!! walawehh..sedap..susah nak dapat daging tu sebenarnye..tapi, bagi kami tidak sebab p.cik ku jual daging tu hehe...boleh makan selalu..

ni la rumah kuala krai tu =). Raya ke 2 balik Bachok da...

Tahun ni aku dapat duit raya RM50 hengget. ada orang bagi. Biasanya tak dapat duit raya pon sebab budaya orang sini, orang dah besar(sekolah menengah) tak dapat duit raya dah.. Parents pulak mmg jarang sangat2 bagi duit raya kat anak2, kat budak2 yang datang. Bukan tak mampu tapi entahlah..xpaham aku.
Sehari sebelum raya, adik bongsu aku ada la luahkan san benda ni kat aku. Dia umo 9tahun sekarang, lelaki. Dia cakap dia malu nak gi beraya umah orang, malu bila orang bagi duit raya. aku tanya la, kenapa? dia cakap sebab parents kteorang xpenah bagi duit raya pon kat sepupu sepapat, jiran2, sedara-mara sedangkan semua orang pandang kami 'orang kaya'. ada kete 2 buah, umah dua buah, tanah berekar2. Orang kampung panggil kami anak tauke..hmm. Aku diam jela..xtahu nak cakap ape..
Flash back 3/8/2013

Selamat pagi semua! =)

Minggu ni kedai pakaian yang aku keje buat promosi raya. semua pakaian diberi diskaun sehingga 20%. banyak tu! ni bukan barang lama. semua baru. harga jadi murah....fuhh..kalaulah aku ada bnyak duit, nak je aku borong semua ($_$) hihi..

ok. bosan la asyik cite sal keje je. Hari ni aku nak share tentang Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat. Aku berminat sangat-sangat kat PPBU ni. Aku harap aku dapat. hmm

"permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat bagi sesi 2013/2014 akan dibuka pada 1 JUN 2013 dan berakhir sehingga 30 SEPTEMBER 2013.  Para pemohon bolehlah membuat permohonan secara online bermula dari 12.00 tgh mlm 31 Mei 2013 sehingga 12.00 tgh mlm 30 September 2013."

PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat PHD, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama. Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institusi Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negara secara sepenuh masa. PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS

sape yang layak mohon? haaa...ini penting =)


Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

*
Warganegara Malaysia
*
Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran
*
Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian
*
Tidak muflis
*
Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS
*
Terbuka kepada pelajar tahun pertama pengajian
*
Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat
*
Pemohon-pemohon yang ingin memohon PPBU dikehendaki mempunyai minima RM100 di dalam akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebelum membuat permohonan secara 'online'
*
Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR

*
Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan :

-
Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas
*
Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan :

-
Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas
*
Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan :

-
Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU

-
STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU

-
STAM yang setara dengan STPM ATAU

-
Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0
*
Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas)
*
Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran :

-
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU

-
Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM


*
IPTA / IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh JPA / MQA
*
ILA / ILS yang diiktiraf oleh MLVK / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan

*
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut :
I. Perakaunan
II. Perbankan
III. Pengurusan Perniagaan
IV. Sumber Manusia
V. Ekonomi
VI. Komunikasi Media
VII. Undang-undang
VIII. Sains Aktuari
*
PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian
*
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan

 
Peringkat PengajianTempoh
PHD2 Tahun / 4 Semester
Sarjana2 Tahun / 4 Semester
Profesional2 Tahun / 4 Semester
Ijazah Sarjana Muda4 Tahun / 8 Semester
Diploma3 Tahun / 6 Semester
Sijil Kemahiran2 Tahun / 4 Semester


Flash back 27/7/2013

aku belajar benda baru lagi dalam perniagaan. sesuatu perniagaan akan berjalan lebih lancar dengan adanya "kaki2". apa tu? hehe..

contohnya macam ni. andaikan aku seorang tauke. aku melantik A,B dan C untuk menjadi agenku. Setiap hari, aku akan membekalkan A,B dan C sejumlah barang jualan. mereka akan berpecah ke beberapa kawasan untuk berniaga. Mereka hanya perlu membayar wang deposit sebanyak 30% daripada harga keseluruhan barang itu kepadaku. Setiap malam, A,B dan C akan pulang dan berjumpa denganku. Aku akan memulangkan wang deposit mereka dan mereka pula memberiku semua wang hasil jualan. Sebagai balasan, aku akan memberikan mereka sebanyak 20% hasil jualan mereka pada hari tersebut. Di sini, aku akan mendapat keuntungan dan mereka juga mendapat pekerjaan dan hasilnya =)

2 in 1.
aku berjaya membuat hati orang senang dengan menyediakan pekerjaan dan dalam masa yang sama, aku turut mendapat keuntungan.

seronoknye belajar berniaga...
Flash back 20/7/13

Aku dah dapat keje!!!!!
hoorayyy.. kebosananku telah terubat =)

aku dapat keje kat kedai pakaian. dapat la aku kumpul duit untuk belanja keperluan sem depan. Alhamdulillah. gaji aku RM 15 je sehari. tapi takpe, dekat dengan rumah.

kat sini la aku belajar cara-cara untuk berniaga. bermula dengan modal, mencari pasaran dan meraih keuntungan..

Bermula dengan menjaga kedai, kemudian kerjaku bertambah apabila kedai pakaian itu melebarkan pasarannya melalui perniagaan on9. dan aku dilantik menjadi managernya. tiap2 hari kena upload gmbar pakaian kat FB. Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai..



13/7/13

Pagi ni aku relax je =). Dapat rehat dowhh..hee..

Tapi keje umah macam biasa, basuh baju, kemas sdikit sbanyak. Pastu layan cite kartun dalam laptop.

Petang tu aku kena gi petik lada pulak kat belakang umah nenek. Tanam lada??err..ye. cuti mid hari tu aku dok terbongkok2 kat belakang umah semai benih..sekarang buahnye dah masak..
Macam biasa..tshirt pnjang warna merah garang, tudung oren, selipar jepun sebelah kanan wane biru, sebelah kiri wane merah, satu baldi kat tangan kanan, satu raga besar lingkup kepala(malas nak pegang)..selekeh btol. lintas jalan raya baru siap untuk g umah nenek.. Masa tu ada satu kete lalu. Ada laki muda dalam kete..phew..dia tengok aku macam tak penah tengok orang. Dia Nampak hantu gamaknye..heheh..
Sebenarnye, pakaian aku yang pelik..ah, peduli ape aku. Ekeke..
Petik3, dapat 4bakul besar..banyak jugak =). Pastu gi tolak kat peraih sayur. Brape dapat, aku tatau sebab duit bukan dapat kat aku walau sposen =).


Flash back 29/6/2013

exam dah habis. last paper 27hb. 2 hari lepas. subjek yang 'dinanti'..kuantitatif..dewan exam sejuk..menggigil jawab exam. maka, berakhirlah semester 2 yang penuh gilang gemilang. tengah2 kemas meja study, ternampak kertas kajang yang guna tiap2 minggu untuk bentang tutorial kuantitatif. dulu, tiap2 hari aku mengadap kertas ni. nak berjaya kena bersungguh2..

ni la meja study aku kat kolej 12..penuh satu meja dengan kertas ni. kenangan terindah hehe..kadang2 xtido malam dok salin jawapan tutorial kat kertas2 ni untuk dibentang keesokan harinya..hmm

ok.hari ni aku keje lagi. tapi, rutin harian berubah. pagi2 kemas barang2 untuk balik kampung. pastu gi keje. balik keje, lepak2 dalam bilik sorang2. tengok cite kartun hehe.. roomate gi perak, ada perkhemahan suksis.

tiap2 hari aku layan cite anime. lepas gian habis exam katakan...semalam aku jumpa class mate aku, mintak cite anime hehe..penuh laptop aku. tgk cite2 anime ni salah satu daripada 'Assgmnt' aku ketika cuti...ekekee..


Flash back 15/6/2013

hari ni aku keje macam biasa. bangun pagi, sambung study kuantitatif. pukul 10 dah siap2 g keje. aku jalan kaki dari kolej ke stesen lrt Universiti. Sampai kat pagar masuk UM, pak guard tegur aku. Dia cakap "selamat pagi. hati-hati keluar"..hehe..dia tolong aku lintas jalan. Dia tahan kete yang lalu supaya berhenti dan beri laluan kat aku..baik pak guard ni =)

aku keje macam biasa, dengan kawan full time. dia setahun lebih muda dari aku tapi, da kawen. tengah sarat mengandung sekarang. tengahari tu pelanggan tak de..kteorang menyembang jela keje..tiba2 datang sorang pelanggan tu. perempuan dalam lingkungan 40-an. kaum dirahsiakan. dia tanya la sal mainan yang kteorang jual. tanya itu, tanya ini..tengah2 tanya tu, sempat dia kentut2 panjang depan kteorang. dah la bunyi kuat, busuk pulak. dia buat muka selamba dan terus bercakap2 sambil kentut!!!!! waaa...tension bila ada pelanggan gini..hmm. dah tu, dia tak beli pape pon. masuk kedai orang untuk lepaskan angin je..haishh..."qalilun adab" betolla..

 ni kenangan kat tempat keje..tengah keje, 2 hero ni lalu depan kedai. so bergambar la sket hehehe..

                                               antara barang-barang jualan.

                                          ini poyo je.hihii
Flash back 21/6/2013, Jumaat.

Hari ni exam subjek Fiqh Ibadat. Sepatutnye hari ni keje, tapi amek cuti. Hari rabu lepas aku keje untuk ganti hari ni. Fiqh ibadat ni boleh dikatakan super power tough jugak la. Belajar dalam b.Arab. Antara perkara yang ku pelajari sepanjang semester ni ialah :

->Konsep ibadat dan ruanglingkupnya,
->Pengertian solat, hukum meninggalkan solat dan waktu-waktu solat.
->Syarat-syarat, rukun-rukun dan qada’ solat.
->Perkara-perkara membatalkan solat.
->Solat jamaah dan permasalahannya
->Sambungan solat berjemaah dan persoalannya
->Solat jamak, qasar, sujud sahwi, sujud syukur dan solat khauf.
->Persediaan menghadapi mati, mandi, kafan mayat dan berkaitan dengannya.
->Solat jenazah dan perkara yang berkaitan dengannya.
->Puasa dan permasalahannya
->Keuzuran yang membolehkan berbuka puasa, qada’ puasa dan fidyah.
->Iktikaf.

kat dalam tu pelbagai pandangan dan perbahasan ulamak Fiqh tentang masalah dan hukumnya. Ada pandangan dari Imam Syafei, Hambali, Maliki, Hanafi, dll.

ape yang toughnye? kena hafal semua hukum2 serta perbahasan ulamak tu..dalam b.Arab.. walawehh..


dah la buku aku ni bersih..mana xnye, ustazah dok ngajar, aku tido..
 "tido?"
 "hmmye :(."
 "kenapa?"
"xboleh tahan la..kelas ni pukul 12-1ptg. waktu tu mmg pantang.."
"nape xtido sebelum@selepas kelas tu?"
"ada kelas straight dari pukul 9am-5pm. solat zohor pon kna cepat2"
"nasib la"..

exam hari ni ok je..hihi..confident boleh jawab semua. cuma ada dua soalan kecik yang keliru. bukan. sebenarnye lupa pandangan dari Imam mana satu tntang hujah yang ku beri. hujah2 ada. tapi, Imamnye ku xtulis..hmmmmmm.....

habis exam, jalan kaki ke bank CIMB kat tepi DTC, tambah modal topup. pastu jalan kaki lagi balik kolej 12. sampai kolej, terus ke cafe beli nasi..lapar :(. tapi kena beratur panjang pulak dah...dak2 pasum baru masuk UM. ramai sangat2..dah tu g serang cafe serentak. naye kat kakak n abang degree ni kena beratur panjang-panjang tunggu diorang habis beli.

Lepas beli nasi, naik bilik kat tingkat 8. nasib baik ada lif hihi..aku makan nasi kat bilik je sebab xsuka kucing cafe kolej. agresif sangat. tengah makan nasi pon boleh dia serang pinggan nasi kita. huiishh..menakutkan. lebih selamat, makan kat bilik...aman..

siap makan, solat, pastu terus tertido kepenatan. kepala(otak) penat sangat-sangat. badan pon penat jugak tapi tak sepenat perah otak jawab soalan exam =)

malam study kuantitatif. subjek killer. ramai senior yang 'mati' kena repeat benda tu..
aku ni banyak ketinggalan subjek ni. xsempat nk pk. banyak sangat. susah wehh.. nasib baik ramai yang sudi menghulurkan bantuan. Orang yang paling bnyak ajar aku jawab soalan2 tutorial, pelajar UTP..pastu classmate sorang. dak group aku yg kna bentang tutorial tiap2 minggu. kalo diorang tak dapat jawab jugak, aku rujuk dak Math. Nama dia Azi...partner SERU aku tu..hehe..bersyukurlah dapat kenal dia sebab join seru..Malam-malam buta gi kolej dia (kolej 5), ketuk pintu dan menuntut dengan dia..hehe..tq semua
28/8/2013

selamat pagi!

semalam mimpi ngeri.. arghhh..tension kalo ingat!.

mimpi semua member SERU gi KL. pastu ada sesi 'uji bakat' selama 3minit sorang kat atas pentas dan dinilai oleh abang Amirul & Kak Elin. Tujuan ujian tu untuk pilih sesape yang layak naik pentas MHS adik-adik. Mula-mula semua beratur tepi pentas. sorang demi sorang naik. pegang mikrofon dan diam..kelu..kih3..tiba turn aku.."bismillah..assalamualaikum w.b.t. nama saya bla3......"..

"kah3"..satu dewan gelak(member SERU)
aku terus diam.
"apasal gelak?"
"ko cakap nada mengaji..kah3"
lidah terkelu..terus xda suara yg keluar..teran2..xkuar jugak..sangkut kat kerongkong..cube cover tp xblh..bpeluh satu badan..

dan...terjaga. nasib baik mimpi :(. ngeriii...xnak.....

bagun tido terus buka laptop, on9. check emel semua. pastu cuba buka blog ni..try3..dpt jgk passwrd yg betul...

pastu balas emel abang Amirul&kak Elin..

"berhantu betul SERU ni..tengah tido pon kena SERU jugak"

kena cover 12 jurnal sebelum 31 ogos =).
tak jadi masalah sebab semua aktiviti lepas ada catat dalam planner. SERU jugak yang ajar benda ni. ekeke..

Wednesday, 28 August 2013

27/8/2013

hari ni sempat on9 kat tempat keje. Guna pc bos. Buka fb, then terbaca sesuatu yang err..ngeri gitu..
bahasa Indon..tapi faham je..

copy&paste

Awas Jenis Lalat Yang Bertelur Di Tubuh Kita

Banyak bertebaran postingan tentang lalat yang bertelur di tubuh manusia atau yang disebut lalat botfly. Namun tak satupun menjelaskan terjadinya mengapa lalat tersebut sampai bertelur dan membesarkan belatung atau larva menggunakan tubuh kita. Disini sahabat anehdidunia.com akan kita berikan penjelasan mengapa sampai terjadi hal seperti itu. penjelasan lengkap dari gambar hingga video untuk kebenaraan artikel tersebut.

Banyak jenis lalat yang ada di dunia ini. sebagian hanya lalat biasa dan ada yang menyebarkan penyakit karena sistem mereka tubuh mereka. Yang kita bahas disini adalah lalat botfly famili dari gusanos asquerosos yang ukurannya memang diatas lalat biasa. 


Berdasarkan pencarian di google, banyak blogger yang menampilkan akibat serangan dari lalat ini yang sangat mengejutkan kita semua. Mungkin sebagian orang akan di buat bergidik melihat larva yang di tinggalkan oleh lalat ini di tubuh kita. Sahabat anehdidunia.com mohon untuk menguatkan iman anda untuk melihat akibat ulah dari lalat botfly ini. Jangan dilihat dari segi seramnya namun pandanglah dari pelajaran yang akan admin anehdidunia berikan. Berikut foto-fotonya.


Dan beberapa penderita akibat larva dari lalat hitam ini malah terpendam di bagian mata. Ya sangat menegerikan memang. Anda harus tetap menjaga kebersihan lingkungan anda supaya terjauh dari bahaya lalat terkutuk ini.


Sekarang pertanyaan yang muncul adalah bagaimana lalat ini menyebarkan larvanya di tubuh kita? apakah ketika kita sedang tidur lalat ini memasukan larvanya? atau makanan yang kita makan mengandung telur dari lalat botfly ini? Disini akan kami jelaskan bagimana lalat tersebut menyebarkan benih larvanya. check this out


Lalat botfly mengejar nyamuk yang melintas kemudian lalat tersebut menempelkan telurnya pada tubuh nyamuk. telur yang ditempelkan juga jumlahnya sangat banyak. pada saat nyamuk akan menghisap darah manusia, nyamuk akan memasukan darah ke badannya sehingga hangat badan sang nyamuk membuat lem alami lalat botfly akan menghilang sehingga telur atau larva dari botfly akan berjatuhan.


Larva kecil yang sudah menetas tersebut secara naluriah memerlukan perlindungan dan makanan sehingga mereka menggali kedalam kulit manusia dengan giginya yang tajam tanpa membuat manusia merasa sakit karena kecil dan zat di gigi larva tersebut. setelah masuk tampilan kulit anda akan seperti gambar di atas.
Sampai anda menyadari bahwa ada mahluk asing yang menjadi parasit di tubuh anda dan mengeluarkannya. Biasanya setelah 6 minggu, larva ini akan menjadi larva dewasa dan akan keluar dari kulit anda dan hidup di tanah selama 4 minggu dan siap berubah menjadi lalat hitam botfly dan siap akan bertelur lagi. mengerikan bukan? Demikian Ulasan kita tentang Lalat botfly yang menanam larva di tubuh manusia. Jadi sahabat anehdidunia.com Jagalah kebersihan diri anda. 

Tuesday, 27 August 2013

26/8/2013

pagi yang indah..
mulakan hidup anda dengan senyuman..senyum =).

dah lama tak update.(lupa password email..kih3)..alhamdulillah bulan puasa hari tu, dapat keje part time kat kedai pakaian. banyak pengalaman yang dapat. sampai sekarang masih bekerja.

sekarang tengah belajar berjinak2 untuk berniaga pakaian sendiri secara on9. insyaallah.

cita-citaku nak jadi orang kaya. hoi!
ekeke....

pembaca yang budiman bolehlah melawati FB baru saya di https://www.facebook.com/hairul.hafiz.756.

saya menjual pelbagai jenis tudung, skirt,  jubah cotton dan jubah manik dengan harga yang murah3!!.
setakat ni tak jumpa lagi orang yang jual pakaian ni semurah ini =D.