selamat petang semua..akhirnya lengkap jugak aku punye jurnal..alhamdulillah..
hari ni aku banyak keje, xboleh nak story panjang-panjang. petang nanti ada rumah terbuka merangkap reunion dengan kwn2 sekolah rendah. 9 tahun xjumpa diorang..entah macam mana la rupa sorang-sorang. entah kenal entah tidak..hehe..
Hari ni aku nak berkongsi tentang MARAH..
Nabi Muhammadﷺ tidak pernah menunjukkan kemarahan Baginda terhadap golongan kafir Quraisy yang sentiasa bertindak di luar batasan terhadap kaum Muslimin. Bahkan, Baginda sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh hikmah. Bagaimanakah cara Rasulullahﷺ mengawal kemarahan?
Rasulullahﷺ menunjukkan beberapa panduan kepada kita bagaimana menguruskan sifat marah. Rasulullahﷺ sentiasa menasihati para sahabat agar berwaspada dengan sifat marah.
.
.
Jangan Marah
.
Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Bagindaﷺ menasihatinya. Rasulullahﷺ bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullahﷺ beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).
Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah ﷺ tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda ﷺ menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”.
.
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah ﷺ:“Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah ﷺ, “Janganlah marah!”
.
.
Mohon Perlindungan Kepada Allah
.
Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullahﷺ dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullahﷺ bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.” Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi): “Sesungguhnya Rasulullahﷺ bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab: “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan) ?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
jadi kawal marah kita kawan-kawan. benda ni aku baca kat blog orang..menarik..so aku share la..










