Thursday, 29 August 2013

Flash back 3/8/2013

Selamat pagi semua! =)

Minggu ni kedai pakaian yang aku keje buat promosi raya. semua pakaian diberi diskaun sehingga 20%. banyak tu! ni bukan barang lama. semua baru. harga jadi murah....fuhh..kalaulah aku ada bnyak duit, nak je aku borong semua ($_$) hihi..

ok. bosan la asyik cite sal keje je. Hari ni aku nak share tentang Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat. Aku berminat sangat-sangat kat PPBU ni. Aku harap aku dapat. hmm

"permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat bagi sesi 2013/2014 akan dibuka pada 1 JUN 2013 dan berakhir sehingga 30 SEPTEMBER 2013.  Para pemohon bolehlah membuat permohonan secara online bermula dari 12.00 tgh mlm 31 Mei 2013 sehingga 12.00 tgh mlm 30 September 2013."

PPBU ditawarkan bagi peringkat pengajian peringkat PHD, Sarjana, Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada pelajar yang layak yang sedang menuntut dalam tahun pertama. Tujuan adalah membantu pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institusi Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negara secara sepenuh masa. PPBU ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS

sape yang layak mohon? haaa...ini penting =)


Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

*
Warganegara Malaysia
*
Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran
*
Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian
*
Tidak muflis
*
Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS
*
Terbuka kepada pelajar tahun pertama pengajian
*
Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat
*
Pemohon-pemohon yang ingin memohon PPBU dikehendaki mempunyai minima RM100 di dalam akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebelum membuat permohonan secara 'online'
*
Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR

*
Peringkat PHD, pemohon perlu berkelulusan :

-
Sarjana dengan CGPA 3.0 ke atas
*
Peringkat Sarjana, pemohon perlu berkelulusan :

-
Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas
*
Peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon perlu berkelulusan :

-
Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU

-
STPM dengan sekurang-kurangnya dengan CGPA 3.0 ke atas ATAU

-
STAM yang setara dengan STPM ATAU

-
Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0
*
Peringkat Diploma, pemohon perlu berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 3B(tiada gred C dan ke atas)
*
Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran :

-
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2 ATAU

-
Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM


*
IPTA / IPTS di dalam negeri yang diiktiraf oleh JPA / MQA
*
ILA / ILS yang diiktiraf oleh MLVK / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan

*
Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian seperti berikut :
I. Perakaunan
II. Perbankan
III. Pengurusan Perniagaan
IV. Sumber Manusia
V. Ekonomi
VI. Komunikasi Media
VII. Undang-undang
VIII. Sains Aktuari
*
PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian
*
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan

 
Peringkat PengajianTempoh
PHD2 Tahun / 4 Semester
Sarjana2 Tahun / 4 Semester
Profesional2 Tahun / 4 Semester
Ijazah Sarjana Muda4 Tahun / 8 Semester
Diploma3 Tahun / 6 Semester
Sijil Kemahiran2 Tahun / 4 Semester


No comments:

Post a Comment