Saturday, 30 March 2013

31/3/2013

Dah lama xupdate blog..

melalui hari-hari yang sukar :'(

Ya Rabbi yassir wala tu'assir..

Monday, 25 March 2013

Sunday, 24 March 2013

25/3/2013,5:26am-Sedikit perkongsian, peringatan =)


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
dipetik dari page iluvislam.
- Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

24/3/2013-(9:47pm)

Hidup perlukan peraturan.

Peraturan mewujudkan sistem.

Sistem akan membina institusi masyarakat dan negara.


Wahai diri :
Ikutlah peraturan yang ditetapkan.
Jangan menzalimi dirimu.
Bercakap benarlah walaupun pahit.
Jujurlah dalam setiap amalanmu.
Bersungguhlah dalam mengerjakan sesuatu.
Jagalah hubungan kamu dengan penciptamu, ibu bapamu, guru-gurumu, teman-temanmu, dan DIRIMU sendiri.
Kejayaan menantimu =D

Saturday, 23 March 2013

23/3/2013 : catatan hari ini :

Berada di luar zon selesa mengajarku betapa masa itu sangat berharga. 







Thursday, 21 March 2013

21/3/2013 : Pesta KO_K


<<sekitar UM>>
Pesta Ko-K  akan diadakan pada 30 MEI 2013 hari KHAMIS bertempat di DTC


Antara aktiviti yang akan diadakan ialah

  1. Malam Kebudayaan
  2. Perkhidmatan pendidikan dan kaunseling untuk belia.
  3. Pameran 

Pameran akan berlansung bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang, manakala persembahan menarik menanti anda pada malam hari. 

Saturday, 16 March 2013

16/3/2013 : pagi yang indah

Pagi ahad :
Rutin-rutin harian berjalan seperti biasa. Bagun pagi, sarapan dan study sedikit sebelum pergi kerja.

"Kerja??"

"Ya. Saya bekerja part time sebagai pembantu jualan kat Amcorp Mall". 

"Dah berapa lama bekerja?"

"Dari semester 1 sampai sekarang".

"Kenapa kerja?"

"Sebab nak sara diri sendiri =). Saya dah besar. Takkan la nak minta duit mak ayah lagi. Mak ayah dah tua, tak nak menyusahkan diorang lagi. Ayah kerja kampung je. Lagipun adik-beradik ramai. Ada 8. Semua masih belajar". 

"PTPTN?"

"PTPTN 'banyak' sangatlah. Dapat lepas yuran je".

"So, berapa yang awak dapat?"

'Tak banyak. Cukup makan. Yang lebih, simpan. Pastu boleh bagi kat mak ayah =)".

"Berapa?"

'RM80-120 seminggu". 

"Wah! Tapi, awak tak penat ke?"

"Tak ada kerja yang tak penat. Kalau duduk termenung seharianpun penat jugak. Saya memang suka bergerak, buat kerja =). Lagipun hujung minggu tak ada apa yang nak dibuat. Daripada saya membazir masa, lebih baik saya bekerja. Saya kerja hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je. Start pukul 11:00am-7:00pm. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya dapat".

"Macam mana awak bahagi masa? Saya tengok awak belajar ok, kerja dan assaingment sempurna. Macam mana awak buat?"

"Kalau tak ada masa, saya yang akan buat masa tu. Tak ada apa yang mustahil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Percaya pada diri sendiri. Percaya pada Allah. Setiap kesulitan, pasti ada bayaran dariNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya =)".
Dialog yang sering kedengaran.

Tuesday, 12 March 2013

12/3/2013 : menghitung hari..

Jemari ini menari-nari di atas papan kekunci. Huruf-huruf disusun mengikut irama hati.  Sebuah cerita dilakarkan. Bukan sebarangan cerita. Cerita tentang suka dan duka seorang insan bergelar manusia. =)

Mengimbau kembali detik-detik menghitung hari untuk sampai di sini...

Seminggu sebelum hari pendaftaran di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah.

Handphone berdering..

"Hello. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Sihat ke? Ape cer call pepagi buta ni?"(10:00am)
"aku macam biasa je. saje rindukan ko. haha."
"haha. xcayelah aku. ko da siap ke nk g UMKL?"
"dah. semua barang, pakaian dah pack. huhu. ko?"
 "perhh. semangat gila ko. aku xbuat pape lagi. Ntah la. Macam xda harapan je nk sampai sana."
"pendaftaran da bayar belum?"
"belum. xda duit. haha. tp hutang ngan UM masa asasi da setel."
"pastu ko macam mana?"
"aku xpe. tawakal tinggi.hii"
"banyak la ko punye tawakal"
"Allah kan ada =). Insyaallah kalau ada rezeki, kita jumpa kat sana. Eh, aku tengah buat keje ni."
"keje ape?"
"macam biasa la..aku kan petani. cabut rumput kat celah-celah pokok nanas je."
"huishh..rajin gila ko?"
"rajin ke xrajin ke, memang kena buat. da biasa la. stakat calar sikit-sikit tertusuk duri tu xjadi parutpun."
"panas ni?"
"pakai topi. ape susah?"
"bagus-bagus. haha. teruskan keje ko. malam ni aku call balik."
"ok. beress. Assalamualaikum. Bubye."
"Waalaikumussalam."


*******************************************************************************