Saturday, 16 March 2013

16/3/2013 : pagi yang indah

Pagi ahad :
Rutin-rutin harian berjalan seperti biasa. Bagun pagi, sarapan dan study sedikit sebelum pergi kerja.

"Kerja??"

"Ya. Saya bekerja part time sebagai pembantu jualan kat Amcorp Mall". 

"Dah berapa lama bekerja?"

"Dari semester 1 sampai sekarang".

"Kenapa kerja?"

"Sebab nak sara diri sendiri =). Saya dah besar. Takkan la nak minta duit mak ayah lagi. Mak ayah dah tua, tak nak menyusahkan diorang lagi. Ayah kerja kampung je. Lagipun adik-beradik ramai. Ada 8. Semua masih belajar". 

"PTPTN?"

"PTPTN 'banyak' sangatlah. Dapat lepas yuran je".

"So, berapa yang awak dapat?"

'Tak banyak. Cukup makan. Yang lebih, simpan. Pastu boleh bagi kat mak ayah =)".

"Berapa?"

'RM80-120 seminggu". 

"Wah! Tapi, awak tak penat ke?"

"Tak ada kerja yang tak penat. Kalau duduk termenung seharianpun penat jugak. Saya memang suka bergerak, buat kerja =). Lagipun hujung minggu tak ada apa yang nak dibuat. Daripada saya membazir masa, lebih baik saya bekerja. Saya kerja hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je. Start pukul 11:00am-7:00pm. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya dapat".

"Macam mana awak bahagi masa? Saya tengok awak belajar ok, kerja dan assaingment sempurna. Macam mana awak buat?"

"Kalau tak ada masa, saya yang akan buat masa tu. Tak ada apa yang mustahil. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Percaya pada diri sendiri. Percaya pada Allah. Setiap kesulitan, pasti ada bayaran dariNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya =)".
Dialog yang sering kedengaran.

No comments:

Post a Comment