Thursday, 29 August 2013

Flash back 21/6/2013, Jumaat.

Hari ni exam subjek Fiqh Ibadat. Sepatutnye hari ni keje, tapi amek cuti. Hari rabu lepas aku keje untuk ganti hari ni. Fiqh ibadat ni boleh dikatakan super power tough jugak la. Belajar dalam b.Arab. Antara perkara yang ku pelajari sepanjang semester ni ialah :

->Konsep ibadat dan ruanglingkupnya,
->Pengertian solat, hukum meninggalkan solat dan waktu-waktu solat.
->Syarat-syarat, rukun-rukun dan qada’ solat.
->Perkara-perkara membatalkan solat.
->Solat jamaah dan permasalahannya
->Sambungan solat berjemaah dan persoalannya
->Solat jamak, qasar, sujud sahwi, sujud syukur dan solat khauf.
->Persediaan menghadapi mati, mandi, kafan mayat dan berkaitan dengannya.
->Solat jenazah dan perkara yang berkaitan dengannya.
->Puasa dan permasalahannya
->Keuzuran yang membolehkan berbuka puasa, qada’ puasa dan fidyah.
->Iktikaf.

kat dalam tu pelbagai pandangan dan perbahasan ulamak Fiqh tentang masalah dan hukumnya. Ada pandangan dari Imam Syafei, Hambali, Maliki, Hanafi, dll.

ape yang toughnye? kena hafal semua hukum2 serta perbahasan ulamak tu..dalam b.Arab.. walawehh..


dah la buku aku ni bersih..mana xnye, ustazah dok ngajar, aku tido..
 "tido?"
 "hmmye :(."
 "kenapa?"
"xboleh tahan la..kelas ni pukul 12-1ptg. waktu tu mmg pantang.."
"nape xtido sebelum@selepas kelas tu?"
"ada kelas straight dari pukul 9am-5pm. solat zohor pon kna cepat2"
"nasib la"..

exam hari ni ok je..hihi..confident boleh jawab semua. cuma ada dua soalan kecik yang keliru. bukan. sebenarnye lupa pandangan dari Imam mana satu tntang hujah yang ku beri. hujah2 ada. tapi, Imamnye ku xtulis..hmmmmmm.....

habis exam, jalan kaki ke bank CIMB kat tepi DTC, tambah modal topup. pastu jalan kaki lagi balik kolej 12. sampai kolej, terus ke cafe beli nasi..lapar :(. tapi kena beratur panjang pulak dah...dak2 pasum baru masuk UM. ramai sangat2..dah tu g serang cafe serentak. naye kat kakak n abang degree ni kena beratur panjang-panjang tunggu diorang habis beli.

Lepas beli nasi, naik bilik kat tingkat 8. nasib baik ada lif hihi..aku makan nasi kat bilik je sebab xsuka kucing cafe kolej. agresif sangat. tengah makan nasi pon boleh dia serang pinggan nasi kita. huiishh..menakutkan. lebih selamat, makan kat bilik...aman..

siap makan, solat, pastu terus tertido kepenatan. kepala(otak) penat sangat-sangat. badan pon penat jugak tapi tak sepenat perah otak jawab soalan exam =)

malam study kuantitatif. subjek killer. ramai senior yang 'mati' kena repeat benda tu..
aku ni banyak ketinggalan subjek ni. xsempat nk pk. banyak sangat. susah wehh.. nasib baik ramai yang sudi menghulurkan bantuan. Orang yang paling bnyak ajar aku jawab soalan2 tutorial, pelajar UTP..pastu classmate sorang. dak group aku yg kna bentang tutorial tiap2 minggu. kalo diorang tak dapat jawab jugak, aku rujuk dak Math. Nama dia Azi...partner SERU aku tu..hehe..bersyukurlah dapat kenal dia sebab join seru..Malam-malam buta gi kolej dia (kolej 5), ketuk pintu dan menuntut dengan dia..hehe..tq semua

No comments:

Post a Comment