Thursday, 29 August 2013

Flash back 10/8/2013

Selamat hari raya aidilfitri semua =).

Hari ni hari raya ke 3. Tahun ni agak luar biasa dari tahun2 lepas. Kenapa? sebab raya kat kg mak, Kuala Krai. Biasanya raya kat umah Bachok je. Di pendekkan cerita, kat sana kteorang ada rumah sebuah. rumah kami terletak berhadapan dengan rumah nenek. Rumah kami tu kecik je. Diperbuat daripada papan, atap zink. ada satu bilik. Biasanya abg ngah dok umah tu sorang2 sebab dia kena jaga kebun ayah.

Cakap pasal raya, tiada menu special yang dimasak pada hari raya pertama di rumah kami selain nasi putih
+ gulai itik serati. Kuih muih pon takde jugak sebab kteorang makan kat umah nenek. Pas makan, tapau kuih2 balik umah..Umah nenek banyak makanan hehe =). Ada lemang, ketupat, nasi impit, pelbagai jenis biskut, dan yang paling best, ada rendang daging kijang!! walawehh..sedap..susah nak dapat daging tu sebenarnye..tapi, bagi kami tidak sebab p.cik ku jual daging tu hehe...boleh makan selalu..

ni la rumah kuala krai tu =). Raya ke 2 balik Bachok da...

Tahun ni aku dapat duit raya RM50 hengget. ada orang bagi. Biasanya tak dapat duit raya pon sebab budaya orang sini, orang dah besar(sekolah menengah) tak dapat duit raya dah.. Parents pulak mmg jarang sangat2 bagi duit raya kat anak2, kat budak2 yang datang. Bukan tak mampu tapi entahlah..xpaham aku.
Sehari sebelum raya, adik bongsu aku ada la luahkan san benda ni kat aku. Dia umo 9tahun sekarang, lelaki. Dia cakap dia malu nak gi beraya umah orang, malu bila orang bagi duit raya. aku tanya la, kenapa? dia cakap sebab parents kteorang xpenah bagi duit raya pon kat sepupu sepapat, jiran2, sedara-mara sedangkan semua orang pandang kami 'orang kaya'. ada kete 2 buah, umah dua buah, tanah berekar2. Orang kampung panggil kami anak tauke..hmm. Aku diam jela..xtahu nak cakap ape..

No comments:

Post a Comment