Flash back 24/7/2013
Minggu ni aktiviti biasa je..kembali bekerja. yang lainnya, aku dah mula berjinak2 buka bisness sendiri. Aku dapat ilham lepas keje kat kedai pakaian. Harap semuanya berjalan lancar.
Tiga hari lepas, telefon Sony Xperia SL aku jatuh sakit. Aku pon pergi la kat center sony dia, bawak surat waranty sebab masih ada waranty 8bulan lagi. Sampai sane, pekerja sony tu buka fon aku kat bateri pasti dia cakap fon aku set AP. BUKAN ORI!!... Ya Allah, aku xtau mcm mana nk gambarkan perasaanku pada masa tu.. geram, marah, sedih, nak nangis pon ada.. aku ditipu penjual telefon. Harga telefon tu mahal..1k lebih. Ni telefon paling mahal yang aku miliki. 2tahun aku kumpul duit untuk beli fon canggih . Aku mmg bercadang untuk guna telefon tu lebih 5tahun ke hadapan.. so, nak tak nak aku g la kedai tmpt beli fon tu..aku jmpa tauke dia. aku cakap la rosak, lepas tu masa beli dulu jurujual tipu. aku ingat lagi, sebelum bayar, aku tanya 3x "ini set ORI ke?". tketar2 tangan aku nak srahkan duit 1k lebih tu kat dia..aku renung duit tu lama2..dalam hati berbolak balik. 'betul ke apa yang aku buat ni? susahnye nak dapatkan duit..'
Lepas tu kedai tu repair fon tu. sekarang dah ok. tapi parut sakit hati kena tipu tu ada lagi..
Macam mana blh kena tipu?
aku tak dapat bezakan set ori dengan AP.
sekarang aku dah tahu. tapi malas nak cite..nnti hati aku pulak yang sakit..
No comments:
Post a Comment